3.7.09

Review...

hehe..

dulu kami mmg rapat ke mana saja aku pergi mr.w dan mr.m pasti ada..begitu juga di mana ada mr.w disitu la ada aku dan mr.m..kami bertiga memang baik dan agak akrab..sampai birthday aku pun di sambut..tapi sejak ada sedikit konflik setelah membuka cawangan di lumut.Kami jadi renggang..Masa aku lebih banyak dengan mr.m sebab aku selalu dengan mr.m menguruskan cawangan di lumut..tp tak salah kami juga sebab mr.w pula masa tu sibuk dengan projek kelas F dia di sekitar Ipoh..Hubungan kami bertiga jadi renggang,masa kami bertiga bersama ,minum bersama,lepak bersama semakin kurang..Dulu aku sentiasa ada masa lunch dan high tea dengan Mr.W..sesekali pergi melawat tapak bersama.dah kerja aku so aku ikut je la ke mana bos2 nak pergi tapi semua atas sebab kerja...tapi sejak masing-masing sibuk masa aku lebih banyak dengan Mr.M...hubungan kami dengan Mr.w mula renggang...Kawan-kawan yang sentiasa nampak aku dan mr.m ke mana saja bersama membuat kesimpulan kami ada affair...dan segala cerita dari kengkawan sampai ke mr.W..memang nampak ketara mr.W semakin menjauhkan diri..Bulan March aku dah tak uruskan cawangan di Lumut atas permintaan Mr.W kerana khidmat aku di perlukan di Ipoh.Di Lumut Mr.W serahkan kepada anak saudaranya dan semua staff di sana untuk menguruskannya..

Aku sepenuh masa di Ipoh menguruskan semua projek di Ipoh..Memang semakin banyak kerja aku.Dan aku semakin akrab dengan mr.m sebab kami yang menguruskan segala projek kelas D dan A..Tapi Mr.W pula semakin mendiamkan diri dan tidak seperti dulu lagi...Aku pula malas nak ambil tau kenapa dia jadi begitu yang penting aku happy dan kerja aku setel...

To be continued................

2.7.09

Cerita bengang dan bangang saja rasanya....

assalammualaikum....tuan tanah ada???uiks..dah lama tak jumpa dan dengar cerita dari tuan yang empunya blog ini????apa kes ye?


Waalaikummussalam...

Ha,ni tuan tanah kedaung dah mari nak berceritera pula...Banyak benda ni nak bagitau.Sekejap ye satu persatu akan saya bagitau dan ceritakan kepada semua.

Alkisahnya...

Biasa la saya ni memang orang yang paling sibuk agaknya.Last saya update blog 13-5-2009 lepas tu saya terus senyap..Bukan apa lepas tarikh tu saya dah mula sambung study semula.Dah habis cuti sem saya.Then kerja pula semakin bertambah,alhamdulillah syarikat dapat lagi 2 projek baru membuat bangunan sekolah di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia.Jadi kerja saya semakin bertambah ,dengan study lagi dan kerja.

Tapi apa yang saya nak ceritakan dan nyatakan di sini adalah tentang sorang bos saya ni senang saya bagi saja gelaran mr.w dan mr.m...Yang paling banyak membuat masalah dan bagi masalah pada saya adalah mr.w,tensen betul saya dengan dia.Kisah ini bermula sejak mr.w membuka cawangannya di Lumut...Arghhhh..bengang,marah,tensen semuanya ada...nanti la saya sambung di lain entri...kalau cerita habis semua nanti tak surprise pula...so di harap bersabar ye....