9.9.08

family day

Acara kemuncak pada waktu malam.Malam BBQ,potong kek,penyampaian hadia kepada pemenang dan juga cabutan bertuah.Semua sedang menanti aku yang masih belum turun.Maklum aku penganjur majlis...so kalau takde aku tak jadi majlis ni...


Ucapan alu-aluan dari pihak penganjur!hehehehe aku pun tak tahu apa yg aku ckp..hehehe
Acara potong kek.... ulangtahun perkahwinan mama & ayah aku,hari lahir opah kesayanganku dan hari lahir adik bongsu ku...
malam acara kemuncak,aku mengumumkan para pemenang dan majlis penyampaian hadiah.Kemudian aku buat cabutan no bertuah.Memang meriah habis.Dan yang paling meriah bila saat akhir aku ada sediakan dua hadiah misteri dan 2 nombor terakhir yang bertuah akan dapat hadiah misteri.Semua berdebar-debar menanti nombor mereka naik.Dan semua tertanya-tanya apakah hadiah misteri itu.Yang tahu masa itu hanya aku sahaja.Yang paling bertuah mendapat hadiah misteri adalah sepupu aku yang baru berumur 8 tahun dan anak sepupu aku yang baru berumur 6 tahun.Bertuahnya mereka kerana dapat hadiah misteri RM200.00 tiap seorang.Rezeki budak sekolah.

Tiada ulasan: