25.2.09

Apa kes????

Assalammualaikum....

*hAI apA khabar tuan empunya blog ni ek?????
Ermmm......dah dua minggu aku tak update atau buka blog ni...hari ni baru ada rasa terbuka sedikit hati untuk melayari dan membuka blog bloggers yang lain..lepas tu baru ada rasa nak update blog sendiri..maklum la baru hari ni ada masa terluang untuk mengupdate blog.

Nak mula dari mana ek????(sambil menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal)..Owh!ok aku dah tak mau cerita pasal minah senget sebab kalau cerita buat menyemak dan membazir ruang saja kat blog aku nih..tapi yang pasti dan nyata dia memang dah senget termasuk la dengan geng dia (sahabat baik dia yang masih tak tahu siapa sebenarnya minah senget dan apakah status sebenarnya si minah senget tu)

Sekarang bos aku dah buka cawangan di tempat lain...(apa?cawangan?biar betul ni..?)kasi bertenang semua aku tau sensitifnya bagi seorang perempuan dan kaum hawa apabila mendengar @ membaca perkataan cawangan..maksud cawangan di sini adalah pejabat @ membuka cawangan bagi perniagaannya..memperbesarkan dan memperkembangkan lagi perniagaan yang sedia ada..Syukur alhamdulillah sejak dari awal Januari 2009..betapa aku sibuk untuk menyiapkan pejabat cawangan bos aku kini kami dah mula beroperasi sepenuhnya bermula 9-Februari-2009...Tidak kira cuti Tahun Baru Cina ke..Jubli Perak ke...dan apa lagi entah cuti umum yang ada sejak awal tahun hari tu tapi aku rasa macam tak cuti je..aku tetap kerja untuk menyiapkan segalanya seperti yang di rancang..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....

Tatkala siap saja aku mengubahsuai dan menyiapkan pejabat cawangan betapa lega dan tak semena-mena aku melepaskan keluhan dan nafas kelegaan yang agak panjang....akhirnya!!!(siap sudah 1 kerja dan tanggungjawab yang aku pikul)tapi tugas aku tidak berakhir di situ...masih banyak lagi yang perlu aku lakukan ..strategi pemasaran dan perkhidmatan..perancangan yang aku dan bos aku kena lakukan secara terperinci dan lancar supaya pelaburan yang kami lakukan tidak menjadi sia-sia dan yang pastinya mendatangkan hasil yang lumayan...dengan tenaga kerja yang ada kami amat berharap semuanya dapat memberi kerjasama seperti yang telah di rancang ..Insyaallah!!

Aku lak kini semakin sibuk dengan kerja dua tempat dalam 1 masa..dan study lagi..walaupun penat tapi aku rasa berpuas hati...walaupun kadangkala ada rasa terkilan dan terluka dengan sikap dan cara layanan dari bos dan orang di sekeliling aku tapi itu semua hanya sementara sahaja..dan aku kagum dengan cara mereka yang pantas dan profesional untuk mengatasi segala perasaan terkilan dan terluka aku itu...aku hargainya....

Kini masa aku terlalu sibuk..aku rasa waktu kerja aku terlalu singkat dan kalau boleh aku mahu bekerja 24 jam jika boleh(maksud aku 24 jam termasuk la dengan study aku)...inilah rutin harian aku......

Isnin - Ahad
-4.30am : bgn solat sunat dan study....
-6.15am : mandi,solat subuh dan bersiap-siap untuk pergi kerja
-7.15am : keluar dari rumah
-7.30 am :sampai ofis buat kerja apa yang patut...bermulalah kerja aku seawl 7.30 @ 8.00 am
-9.00 am : pergi minum
-9.30 am : menyambung semula kerja
-12pm : waktu ini tidak tentu tapi kebiasaannya waktu begini aku pasti akan keluar jika ada appointment atau date dgn klien...
-3.00pm :kalau aku pulang ke pejabat aku akan mengemas kini apa saja maklumat yang aku dapat setelah berjumpa dgn klien dan ada masanya aku masuk ke pejabat semula lepas pukul 5pm dan aku takkan cakap banyak duduk termenung seketika melepaskan penat setelah keluar berjumpa klien dan apa saja ...5.30pm aku bersiap-siap pula untuk ke kelas yang bermula 6.30pm sehingga 10pm...kebiasaannya aku akan pulang rumah 10.30malam...sampai rumah pula aku menyiapkan segala keperluan untuk esok pula.apa yg perlu aku pakai utk esk...kelas apa pula esk...solat isyak..trus duduk di meja study dan mengulangkaji ....pukul 12.30am aku tidur....4.30am bangun seperti biasa...so kalau di kira di sini waktu tidur aku cuma 4 jam sahaja...ini rutin aku sekiranya aku berada di pejabat Ipoh...kalau aku kena ke pejabat cawangan pula....(biasanya aku selang selikan kalau hr isnin aku di ipoh so hr selasa aku kena ke pej caw dan begitulah seterusnya)

Kalau aku ke pej caw di Lumut mmg seawl 7.30am aku sudah bergerak..perjlnan makan masa 1jam 15 min so pukul 8.45am aku dh ada di Lumut....memantau segala kerja di sana...berjumpa dgn klien..dan apa2 saja...pukul 4.30pm aku bersiap2 mandi smyg asar...dan bergerak balik ke Ipoh pula untuk mengejar kelas aku yang bermula pukul 6.30ptg...inilah rutin aku dr hari Isnin hingga Sabtu...tapi hr Jumaat aku tak perlu ke Lumut atau kelas..kerana kelas aku cuma pada hari Isnin hingga Khamis sahaja....tp!!!owh ada tapi pula.....hari jumaat la waktu aku untuk menyiapkan segala assignment dan nota-nota aku yang selalunya memang aku tak sempat nak susun..itupun kalau tak banyak kerja....hari sabtu pula kalau takde hal-hal yang berkaitan keluarga aku kerja seperti biasa..kalau kerja di pej Ipoh aku cuma kerja stgh hari tapi kalau kena ke Lumut aku kerja spt biasa lewat petang br balik...hr Ahad pula kalau tiada kelas di Uitm aku boleh la berehat seharian duduk rumah tapi biasanya aku ada kelas di UiTm Seri Iskandar...aduh!dalam seminggu aku mmg tiada cuti langsung..apa kes ni?????

2 ulasan:

dina berkata...

busy gile adik akak... huhuhu, cemana nak tulung akak update persatuan neh?

PutRiZ DaMia berkata...

pesatuan tetap pesatuan!!!!huh..semangat!hehehe..dun worry tetap akn ada masanyer utk persatuan...