13.10.08

ermmmm....

hr ni dlm kul 1 tgh hari..bos aku kol aku..suh gi tgk result tender kat DBI..aku dgn berat ati pun pergi la..mula2 rs berat ati je nk gi tp bila dh masuk kat area DBI tu rs bersemangat la plak x tau knp..aku trus masuk ke lobi nk naik lif..ms aku ngah kol bos aku..tup aku terserempak dgn seseorang...trus aku matikan talian telefon aku..aku batalkan niat aku utk naik lif ke tingkat 1...berdegup kencang jantung aku masa tu....tak sangka aku leh terserempak dgn hanafi kat sini...seseorang yang pernah mengetuk pintu hati aku suatu ketika dulu...dia sendiri pun tergamam bila terserempak dgn aku...masih igt lg dia kat aku..dia pun x bnyk berubah..tetap putih melepak mcm dulu...ms zaman sekolah dulu....dia tetap gelar diri dia abang..panggilan yg aku pggl dulu ms sekolah..maklum la dia senior aku ms sekolah dulu..dia tua setahun sj ngan aku..huhuhu...dia temankan aku naik ke tingkat 1,dengan menaiki tangga..katanya naik tangga la best leh borak lama sikit..12 thn kami x jumpa...aduh dia wat aku terkenang lak citer lama...huhuhu..saat2 kami bersama dulu..hehehe..cinta monyet masa zaman sekolah2 dulu...walaupun rumah mak dia dekat ngan umah mama aku tp kami x pernah jumpa @ terserempak sejak 12 thn yg lepas..huhuhu..sempat kami bertukar2 nombor telefon td...huhuhuhu..kenangan lama mengusik jiwa lagi...
kepada seseorang....

aku nk mintak maaf bebanyak kpd seseorang...seseorang yang pernah??????....aku dan dia lahir pd bulan yg sama..cuma dia awl okt dan aku dekat2 hujung bulan okt..aku mmg x pernah lupa birthday dia...mmg aku sentiasa igt..tp yg lebih syahdunyer birth dia kali ni jatuh pd awl bulan syawal..maunyer aku x igt dlm kesyahduan kita semua menyambut syawal..aku lak bertambah syahdu ngan tetibe leh lak teringat ttg birth dia...nk wish x nk..nk wish xnk..nk wish x nk...at least aku wat keputusan nnt bila2 aku dh ready br aku nk wish ...aku rs lum bersedia lg..huhuhu..x pe ar lewat pun x per kot...kalau lewat pun aku leh wish 'hepi belated day' kan!!!aku mmg x prepare apa pun...sory ek..bukan luper tp lum bersedia lg..jgn mare ar kpd yg empunya diri...hehehehe...tp at least aku igt gak nk kol for wish hepi bitrhday..walaupun dh terlewat..huuhu..bukan nye senyap cuma ingin mencr ketenangan...ermmmmmm...

10.10.08

JANGAN DI UCAP SELAMAT TINGGAL.....

Ku mencari..ku mencari ..apakah salahku...
kau buat ku termenung seorangan..
dalam diri sangsi akhirnya begini..
perpisahan tak ku duga.....
ku mengerti ku fahami keputusan ini...
biar saja aku sebegini..
permintaan terakhirku..
jangan kau lafazkan,
simpan saja kata-kata....
jangan diucap selamat tinggal
jangan kau ucap selamat tinggal
jangan diucap selamat tinggal kepadaku...
jangan diucap selamat tinggal
jangan kau ucap selamat tinggal
jangan di ucap selamat tinggal kepadaku..
walaupun seketika walaupun sekelip mata..
simpan saja kata-kata ke akhir yang ada..
p/s:sj aku letak lirik lagu ni....x tau ler kalau ada yg terperasan dan terasa lak ek..sory la ek..

9.10.08

Raya 2008



salam semua..

harap tidak terlewat kalau aku nak ucapkan selamat bertugas semula kepada semua rakan-rakan setelah seminggu pulang ke kampung bercuti menyambut Hari Raya Aidlfitri.


Bila dah cuti panjang,nak pula mood raya yang masih menebal lagi rasa malas pula nak pergi kerja,namun demi tugas dan tanggungjawab aku gagahi juga diri ini dan kaki ini untuk melangkah naik ke tingkat tiga memulakan semula rutin harian dengan kerja!kerja!kerja...


Alhamdulillah raya tahun ini dapat lagi kami semua sekeluarga ,adik-beradik,sanak saudara,sahabat handai dan rakan taulan berkumpul mengeratkan silaturrahim.Tahun ini juga aku dapat bertemu semula dengan semua rakan-rakan sekolah yang sudah hampir sepuluh tahun tidak aku temui...


Ada rakan aku yang dah kawin,bertunang,nak bertunang,nak kawin dan yang masih solo pun ada lagi...walaupun penat beraya dan menziarahi di antara satu sama lain namun kemeriahan suasana hari raya membuatkan alpa seketika dengan semua itu.


Tahun ini sambutan Hari Raya memang amat bermakna sekali dalam hidup ku....


26.9.08

SELAMAT HARI RAYER!!!

Salam kpd semua rakan-rakan blogger.....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal kita raikan tidak lama lagi,dlm beberapa hari lagi..huhuhu..

Di kesempatan ini juga aku ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf dr hujung rambut hingga hujung .......sehujungnya kepada semua rakan-rakan.kalau aku ada terkasar bahasa dengan komen-komen aku ,gurauan dan apa saja yang berkaitan sehingga tersinggung dan terbengang semuanya, aku harap di maafkan.huhuhuhu....

Moga sambutan hari raya tahun ini memberi sejuta makna dan pengertian kepada kita semua...insyaallah.Amin!!!

p/s:terima kasih aku ucapkan kepada semua yg sudi memberi komen dan singgah kat blog aku yg x seberapa ini (suteramalaya@raduan , rahmanraof,ayohnik, aman310@rosman,wanthewindz,irdina,dan sesiapa sj.huhuhu..)

10.9.08

family day

sehati berdansa....
ini semua sepupu aku...


ini adalah antara sepupu aku yang menyertai acara main bola baling...sebenarnya ramai lagi tapi sebab ada yg dh penat asyik duk gelak ketawa dan menjerit so ada yg duk tepi berehat dulu ambik nafas....!!!

9.9.08

family day

Acara kemuncak pada waktu malam.Malam BBQ,potong kek,penyampaian hadia kepada pemenang dan juga cabutan bertuah.Semua sedang menanti aku yang masih belum turun.Maklum aku penganjur majlis...so kalau takde aku tak jadi majlis ni...


Ucapan alu-aluan dari pihak penganjur!hehehehe aku pun tak tahu apa yg aku ckp..hehehe
Acara potong kek.... ulangtahun perkahwinan mama & ayah aku,hari lahir opah kesayanganku dan hari lahir adik bongsu ku...
malam acara kemuncak,aku mengumumkan para pemenang dan majlis penyampaian hadiah.Kemudian aku buat cabutan no bertuah.Memang meriah habis.Dan yang paling meriah bila saat akhir aku ada sediakan dua hadiah misteri dan 2 nombor terakhir yang bertuah akan dapat hadiah misteri.Semua berdebar-debar menanti nombor mereka naik.Dan semua tertanya-tanya apakah hadiah misteri itu.Yang tahu masa itu hanya aku sahaja.Yang paling bertuah mendapat hadiah misteri adalah sepupu aku yang baru berumur 8 tahun dan anak sepupu aku yang baru berumur 6 tahun.Bertuahnya mereka kerana dapat hadiah misteri RM200.00 tiap seorang.Rezeki budak sekolah.

family day

Ini adalah gambar semasa aktiviti telematch, ank yg bertanding mak bapak pula yg lebih..maklumlah nk menang punya pasal..tp aku sbg pengadil kena berlaku adil dan saksama...

ini mama & ayah aku aku sbnrnya teringin juga nk main sekali,tp nk wat mcm mana dh aku penganjurnyer..kena la tgk sj ..setakat bg semangat jd la..


yang ini aktiviti telematch,sebelum kami semua pergi berendam dlm air!!ms ni usah ckp lg byk gelak tawanya..memang riuh rendah giler...sampai guest lain pun duk asyik tgk acara kami...Aku usah ckp lah org yg paling sibuk dan paling ligat masa ni dr awl sampai habis majlis..pergh penatnyer usah ckp....tapi seronok!!!!

Family Day

ms ni kami semua main bola baling air,tp penuh dgn gelak ketawa ,pihak hotel pula pasang lagu yg mmg meriah habis..kami main sambil buat sehati berdansa di dlm air.Aksi kami masa tue mmg menjadi perhatian semua..aktiviti ini petang selepas makan tgh hari...pd hr kedua di marina...
ini pula aktiviti bersenam di awl pg sblm sukaneka dimulakan.Aku tgh sibuk mencatat nama2 kump yg menyertai sukaneka sementara menanti pihak pengurusan menyediakan peralatan telematch...Sukaneka aku buat ms hr kedua kami di marina...aku buat family day selama 3 hari 2 mlm..mmg penuh dgn aktiviti.......

ini gambar masa aku buat family day di Marina Cove Resort Lumut baru-baru hari tu..Aku adalah penganjurnya.Antara tetamu yang hadir semuanya ahli keluarga sebelah mama aku.Adik beradik mama aku.Family day ni aku buat sempena Hari Lahir OPAH aku yang ke 72 thn,Majlis ulangtahun perkahwinan mama & ayah aku yg ke?? & majlis hr jd adik bongsu aku yg ke 13 thn.Masa ni budget mmg melebihi dr jangkaan dan kutipan yg aku perolehi..so aku kena tambah duit poket aku sendiri.....tp walauapapun kami semua seronok dan happy dan yg paling happy opah aku,selama ini kami cuma sambut di rumah shj buat mkn2 semua family tp kali ni aku sj nk buat kelainan dan surprise utk opah dan mama& ayah aku.Best mmg best...!!!!mcm2 acara aku organize..semua puas hati!dan yg paling best staff2 hotel turut join dgn kami diaorg kata family day kami antara yg paling best dan lawak gila yg pernah diaorg uruskan...kpd semua pihak pengurusan Marina Cove Resort aku nak ucapkan terima kasih bebanyak di atas kerjasama dan kemudahan yg di berikan.Berbaloi aku berhabis duit layanan puas hati,siap dpt 1apartment free,mkn free utk high tea dan diskaun utk waterpark(hotel sponsor)thanks to MR.JAMES,Kak Sue and all staff!!!!

p/s:nnt aku download lg gambar yg lain!!!

5.9.08

ahli keluarga baru




Semalam 4/9/2008 jam 9.30 pg kakak ipar sulong ku telah selamat melahirkan puteri ke-3nya.Alhamdulillah kami bersyukur segalanya selamat.Berat baby 4.3kg.bulat sungguh baby along kali ini.Tahun ini tahun 2008 bertambah seorang lagi ahli keluarga kami,dulu mama mempunyai 7 org cucu,tapi setelah kelahiran puteri baru kini cucu mama telah bertambah menjadikan semuanya 8 org.Mama dan ayah adalah orang yang paling gembira kerana menerima cucu baru tahun ini.Kami semua bersyukur kelahiran keluarga baru kami pada bulan ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan sejuta pengertian terhadap kebesaran Allah s.w.t.Tahniah kepada along dan kak long.Seronok raya tahun ini dengan kelahiran baby menambah lagi keceriaan insyaallah.

26.8.08

kekasih gelapku

sebenarnya lagu ini mempunyai bnyk makna dlm hidup aku,kpd sesiapa yg mengenali diri ini dan terasa dirinyer ada kena mengena dgn aku dan lagu ini aku mintak maaf le bebnyk ek...bkn apa aku sekadar nk mengingati segala kngn aku dgn dia..tak tahu knp tetiba jer aku rs rindu dan teringat lak kat dia...sekadar mengingati......tp lagu ni mmg best pun....layannnnnnnn!!!

salam...

salam semua!!!
aku ni bkn apa bila tgk blog kekwn rs seronok plak dan trus tergerak ati aku utk mencipta blog gak.Teringin gak nk membuang masa,berkongsi pendapat,pengalaman,idea,cerita dan macam-macam lg la...aku ni br lg dlm melayari blog ni kalau ada tersilap,terkasar ,tersalah @ tersengaja tlg ler tegur apa sj aku terima.krn dr teguran itu kita akn belajar memperbaiki diri dan terus membina jati diri untuk ke arah kebaikan dan terus maju ke depan.. mempelajari sesuatu dr kesilapan...

tak bisa memilih

layan.................